Sukaneka :>

Bismillah ,

Semalam dekat sekolah best. Mula aktiviti ni pukul 9 pagi. Kakak-kakak dan abang-abang daripada UMTECH yg datang. HEHE. Mula2 buat game " tu dia tu " . Goyang2 macam budak kecik. Kitaorang semua comel masa buat game tu. Kak hani yg lead game ni. Lepas game " tu dia tu " kitaorang buat game menguji kecekapan. Lepas rehat , dah macam explore race. Ada 8 check point , setiap check point ada fasilitator drpd UMTECH. Semua check point best. 

Ain,Amir,Amira,Afiqa,Adam,Qayyum dan Kam Chun Hong dalam kumpulan 3 :)
Check point pertama, kumpulan 3 kena buat persembahan dekat abang yusri dengan akak fasilitator tu. Kumpulan 3 buat chicken dance. Heee. Dapat markah penuh 8.

 Check point kedua, kitaorang buat game teka ape yg kawan kita buat. Alaaa contohnya kalau dia buat gaya katak , kita kena teka :)) dapat? Okay bagus :) *tepuk tangan*. Ahli-ahli yang buat gaya tu , Adam Fikry , Qayyum , Iqa.

Check point ketiga, check point yg ada kak hani dgn kak farahin serta 2 orang abang yg tak tak tahu nama xD. Amira berpasangan dengan qayyum, afiqa dengan adam, amir dengan kam chun hong. Ain? Ohhh. Ain tolong balingkan belon yg berisi air dekat diorang. Diorang tangkap belon tu dengan tuala. Mula-mula sekali amira dengan qayyum kena baling balik belon tu guna tuala dekat afiqa dan adam. Adam dan afiqa kena baling balik belon tu dekat kam chun hong dan amir. Amir dengan kam chun hong kena baling balik belon tu dekat abang fasilitator. Abang fasilitator tu kena sambut betul2. Kalau belon tu pecah, salahkan abang fasilitator tu xD

Check point keempat, kitaorang pergi dekat kakak dan abang fasilitator. Permainan ni kena letak bola dekat celah-celah peha lepastu lompat macam kangaroo pusing sekali dekat kon. HEHE. Comel-comel belaka kangaroo kumpulan 3 ini. Sungguh tak boleh blahh.

Check point kelima, kitaorang pergi dekat kakak-kakak fasilitator bawah pokok tu. Permainan ni kena ambik gula-gula dalam tepung. HEHE. Comelnya saya masatu. Kalau lah cikgu math saya ada, boleh dia tangkap gambar saya yg berbedakkan tepung tu. Senang je permainan ni. Tapi yang best nya kan, tepung tu ada rasa lada hitam -.- woahhh memang sedap. Rasanya dia letak kari jugak. Tak tahu lah kalau deria rasa aku ni salah. HEHE. Tapi yang pasti ada rasa masin :*

Check point keenam, perah span yg berair isikan dekat botol air mineral yang besar sangat-sangat tu. Macam tong minyak tu. Senang tapi tahu je lah kan, air mana boleh tahan lama-lama meresap dekat span tu.

Check point ketujuh, pusing-pusing dekat kon sebanyak 8 kali , dah pening tu ambik kertas yang ada markah. Pening lah jugak wehhh -.- sebab tu balik-balik sekolah semalam terus tidur. HEHE.

Check point kelapan yang terakhir ni best. Yang lelaki kena ikat kaki. Lelaki ada empat orang. Setiap lelaki tu kakinya diikat. Selepas dah kena ikat pergi dekat tiang gol ambik kertas yang ada isi markah. Ulang-ulang sampai masa habis. Samalah jugak dengan kitaorang yg perempuan ni. Nasib baik ada 3 orang perempuan je. Senang? Err. Susah jugak kot. Kaki iqa dgn mira sakit xD kitaorang kena jalan ada bunyi. Nnt fasilitator tu tolak markah kalau jalan tak ada bunyi. Kitaorang pon buatlah bunyi ikut kaki, dua tiga dua tiga dua tiga :) sampai ada masa ni abang fasilitator tu suruh nyanyi lagu sekolah. Sungguh tak boleh blahh. Kitaorang pon nyanyi jelahh. Tapi sekerat jelah sebab sekerat lagi tu dah kepenatan :D

Nak cakap ni, kitaorang menang tempat ketiga. *tepuk tangan* Berkat usaha kitaorang jugak kot. HEEE. Kitaorang semua siap nyanyikan lagu happy birthday dekat kak farahin ( fasilitator ) . Sebab semalam birthday dia :)) terharu sangat sampai nak menangis :))

Rugi yang amat siapa tak datang semalam :) penat tu memanglah penat tapi seronok sebab kita buat game dengan orang luar bukan pihak sekolah. Tu yang best tu. Ada kakak-kakak yang comel comel dan abang-abang yang handsome. Ehhh terpuji diorang pulak :))